nonsense notion

keretapi terakhir dari Nilai

i hate your birthday, i really do

seakan masa sedang mengolok-olokkan aku, yang kita bukan lagi 2 remaja membenci dunia yang sama.
arah kita berbeza, tapi kenapa? setiap jalan yang aku pilih membawa aku ke tempat yang sama, perhentian yang sama, dan anehnya, kau juga masih sama.
Masih menunggu untuk mengucapkan selamat seolah malam kita berselimut bintang yang sama.

Izinkan aku menjadi seorang keparat, untuk berteriak amarah pada dunia,
memotong semua pucuk menjadi dewasa yang telah kau tumbuhkan,
jangan besar lagi! jangan tumbuh lagi!
kerana aku masih di sini, memikul beg galas yang sama, menunggu gerabak yang takkan lagi kunjung tiba.
tidurku tak pernah kau sentak, bahuku tak pernah kau tolak,
jadi kenapa masih masa terus bergerak?
seakan-akan mengejekku, kerana nyatanya, keretapi terakhir telah bertolak.