nonsense notion

ada syurga lain untuk mereka

aku harap punya syurga yang lain buat mereka yang bertahta di dunia-

sebab Tuhan itu mudah untuk kau jumpa, bila kau punya segala di dunia. ah, mudahlah untuk tangan yang tak pernah mencacai mengangkat terima kasih untuk Tuhan.

sebab Tuhan itu mudah untuk kau cinta, bila hidupmu tak pernah kenal erti derita dunia. ah, mudahlah untuk mulut yang tak pernah berlapar berteriak syukur pada Tuhan.

sebab Tuhan itu mudah untuk kau tunduk, bila tidurmu berbantal baldu, berkipas tunai. ah, mudahlah untuk badan yang tak pernah kenal erti panas bersujud terima kasih untuk tidur yang nyenyak semalam.

sebab Tuhan itu mudah untuk kau temu, bila jalanmu tenang, tak perlu kau bunuh satu-pun impianmu atas nama ingin terus bernafas.

sebab Tuhan itu mudah untuk kau capai, bila lukamu bukan dari dalam bulir darahmu sendiri. ah mudahlah untuk anak yang besarnya dalam cinta untuk tidak membenci utusan Luh Mahfuz.

kerana Tuhan itu Maha Adil, aku harap Tuhan tahu, bahawa mengajar diri untuk terus berterima kasih adalah lebih mudah daripada mengajar diri untuk tidak membenci.